KEDAI KASPERSKY ONLINE
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

NUFFNANG BAGI CASH MONEY SEMPENA BIRTHDAY!!!

Salam 1 blogger...
Hari ni genap 2 bulan KKO berblogging. HAPPY BIRTHDAY KKO YANG KE-2 BULAN (hehehe...). Sempena BIRTHDAY KKO ni, Encek Nuffnang bagi hadiah cash money RM13. Oklah tu kan. Tu hasil dari BE KKO untuk kempen dari Microsoft. Sekarang kempen tu dah jadi ME. Harapnye makin meningkatlah earning lepas ni. Baru je semalam KKO bising-bising sebab dah lame tak dapat BE dari Nuffnang. Ni earning terkumpul semalam..

TUP..TUP hari ni..

Apepun, KKO bersyukur sangat sebab Encek Nuffnang bagi KKO cash money RM13. Walaupun jumlahnye kecik, KKO tetap hargai dan akan berusaha untuk berblogging dengan lebih aktif. Bak kata pakwe Lisa Surihani “kalau tak dipecahkan ruyung manakan nak dapat sagunya“, “bulat tak datang bergolek, pipih tak datang melayang“. Renung-renungkan..Sekali lagi..Terima kasih Nuffnang!!! 


-SHARING IS CARING-

NUFFNANG TAK KESIAN KAT AKU KE???


Salam 1 blogger..

Saje KKO nak berkongsi rase...sebenarnye dah sebulan KKO tak dapat Buffered Earning dari Encek Nuffnang. Sedihnye! Tapi takpelah, Buffered Earning yang masih running sekarang ni pun earning die dah meningkat dari semasa ke semasa. Tahniah KKO!!! Yihaaaa...KKO teringin nak Buffered Earning yang baru dari Encek Nuffnang. Doakan KKO ye..

Dear Encek Nuffnang..TENGOKLAH!!! BUKAN KE DULU ENCEK NUFFNANG PERNAH GEGAR BLOG KKO???

RM41.63 lagi kene kumpul tu..kesian kat KKO ye..hehehe..
Untuk blogger-blogger lain, boleh tengok tips-tips Nuffnang yang pernah KKO sediakan seperti pautan di bawah.


-SHARING IS CARING-


10 TIPS BLOGGING TINGKAT TRAFIK BLOG


1.  Jangan malu untuk bertanya
Selalulah bersikap positif untuk memperbaiki kekurangan. Jika ada perkara yang benar-benar anda tidak faham berkaitan dengan artikel yang ditulis atau perkara umum tentang blog tanyalah penulis atau pemilik blog berkenaan. Ada bermacam cara menyalurkan pertanyaan itu sama ada melalui ruangan komen atau cuba hubungi mereka melalui email yang disediakan jika ia tidak patut dibincang secara terbuka. Mereka yang mempunyai ilmu pula janganlah kedekut untuk berkongsi dengan orang lain. Ilmu tidak sama seperti wang yang disimpan dalam bank. Semakin banyak anda simpan, semakin besar bunganya. Lagi berfaedah kalau ilmu dikongsikan dan disebarkan kepada orang lain.
2.  Jangan memaksa diri
Menerbitkan entri secara teratur seperti yang diamalkan oleh profesional blogger dan blogger sepenuh masa memang sangat digalakkan tetapi janganlah memaksa diri untuk menulis seperti mereka hingga sanggup menerbitkan entri tanpa tajuk! Blogger profesional/sepenuh masa jarang berhadapan masalah menguruskan blog kerana selalunya mereka memiliki jadual khusus untuk menguruskan blog. Sebahagian blog pula diuruskan oleh beberapa orang penulis jadi masing-masing boleh memberikan fokus kepada bidang masing-masing. Ini berbeza dengan penulis blog yang menjadikan aktiviti itu sebagai hobi yang kadang terpaksa menguruskan banyak perkara lain terutamanya pekerjaan atau pelajaran. Daripada buang masa memikirkan apa hendak anda tulis, lebih baik luangkan masa menguruskan aspek blog, membaca komen, membaca dan mengomen blog lain atau cuba pelawa penulis jemputan menyumbang artikel di blog anda seperti yang selalu dilakukan oleh denaihati.
3.  Jangan takut untuk memulakan perhubungan
Mungkin anda seorang yang pendiam dan segan dalam banyak perkara. Tapi kenapa harus takut dalam memulakan hubungan baik sesama blogger. Apa kata ubah sedikit sikap anda dan cuba beramah-mesra dan menjalin kerjasama dengan komuniti blogger lain. Ada banyak lagi blog di luar sana yang mungkin belum anda dilawati. Kalau menurut enjin carian, di Malaysia (Pages from Malaysia) blog yang menggunakan platform blogspot.com sahaja ada lebih kurang 9,980,000, manakala wordpress.com lebih kurang 889,000. Itu belum termasuk blog yang menggunakan domain berbayar. Walaupun ia bukanlah satu jumlah yang tepat (mungkin sebahagiannya juga sudah tidak aktif) tetapi mungkin suku daripadanya masih boleh dilawati.
4. Jangan menulis secara membabi-buta
Menulis berita panas atau melibatkan gosip tertentu memang sesuatu yang menyeronokkan. Kadang boleh menjadi suatu kebanggaan terutama jika anda merupakan orang pertama yang menyebarkan gosip panas berkenaan. Apa lagi, tentunya berduyun-duyun pelawat datang ke blog anda. Tapi adakah anda pernah menjangkakan kesan berikutnya daripada tulisan tersebut? Kalau gosip panas itu memang betul tak kisahlah sangat. Bagaimana jika apa yang anda tulis itu salah? Bersediakah anda didakwa ke mahkamah oleh individu berkenaan? Maka sebaiknya janganlah terlalu ghairah menulis cerita panas sehingga boleh menjejaskan kredibiliti anda sebagai penulis blog dan juga sampai mengaibkan orang lain. Pastikan anda menulis fakta yang tepat dengan cara buat rujukan atau pembacaan terlebih dahulu.
5. Jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman
Bagaimana pula jika anda mendapat cerita hangat daripada portal berita? Sebagai contoh, anda membaca tentang seorang guru disiplin dituduh mencabul pelajarnya. Anda berkongsi berita tersebut di blog dan menyatakan betapa geramnya anda tentang cikgu berkenaan hingga keluar ayat-ayat yang keterlaluan. Hey hello.. itu sudah menghukum namanya. Kalau anda benar-benar pasti atau punya bukti lengkap tentang tuduhan berkenaan baguslah sebab anda boleh menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan nanti. Tapi kalau setakat mengetahui hal tersebut di berita, ada baiknya buat penafian yang artikel anda bukan untuk menghukum tetapi sekadar menjadikan kisah tersebut sebagai ingatan dan pengajaran.
6.  Jangan takut untuk mempelbagaikan topik
Topik atau fokus penulisan selalunya bergantung kepada pembaca. Sebab itu ada perkara yang kita tulis sangat menarik kepada sesetengah orang tetapi amat menjengkelkan bagi orang lain. Sebagai contoh, jika anda menulis tentang Akademi Fantasia, tentunya ada sebahagian blogger tidak tidak tertarik dengan penulisan tersebut, tetapi ia tetap menjadi tarikan pembaca di luar sana. Sebaliknya jika saya tulis tentang SEO, PageRank atau tips mendapatkan Buffered Earning daripada Nuffnang, mungkin hanya blogger sahaja yang mahu membacanya. Jadi jangan takut untuk menulis pelbagai topik di blog masing-masing. Lebih banyak topik yang kita tulis, lebih ramai yang akan mendapat manfaat. Anda pun dapat pulangan juga kan?
7.  Jangan rumitkan keadaan
Mungkin kita pernah menulis tentang sesuatu atau seseorang. Secara tidak sengaja kita tersilap pada mana-mana bahagian sehingga menyebabkan mereka tersinggung atau memberikan kesan yang lebih besar seperti mengaibkan individu berkenaan. Jika berlaku keadaan seperti ini, segeralah menarik balik kenyataan tersebut. Tidak kira dengan apa cara sama ada dengan memadam artikel berkenaan atau membuat kenyataan memohon maaf. Jangan cuba menegakkan benang yang basah atau “besar kepala” tidak mengakui kesilapan. Sikap sebegini bukan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan merumitkan lagi keadaan.  Lagipun belum ada tercatat dalam peradaban manusia yang martabatnya akan jatuh jika meminta maaf.
8. Jangan abaikan kritikan
Mungkin anda pernah membaca kritikan di mana-mana blog yang secara langsung (walaupun tidak dinyatakan) ia sebenarnya ditujukan kepada anda. Anda faham maksud penulis tapi dalam fikiran anda: “Alahh.. aku tak kisah pun“. “Blog aku.. aku punya suka“. Kalau itulah fikiran anda, cepat-cepatlah buang kerana ada sesetengah perkara di dunia ini yang kita tidak nampak tapi orang lain nampak. Jadi cubalah meluangkan sedikit masa memikirkan kritikan tersebut, memperincikan poin yang mereka perkatakan dan usahakan untuk memperbaikinya. Mereka mengkritik bukan bermaksud mereka sempurna tapi sekadar memberi ingatan untuk kebaikan. Tapi janganlah pula sampai tidak tidur malam memikirkan kritikan orang lain. Yang penting bijak menilai mana kritikan yang boleh diberi perhatian dan mana tidak.
9.  Jangan terlalu prejudis terhadap blogger lain
Secara spesifiknya (préjudis) adalah bermaksud rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. Sedar tidak sedar dalam komuniti blog pun sikap ini kadang-kala wujud juga. Ada sesetengah blogger memiliki rasa tidak suka kepada blogger sana tanpa sebarang sebab yang munasabah. Sebahagiannya pula terlalu menyokong blogger sini walaupun tahu ada perkara yang bertentangan. Misalnya kita baca tulisan di Blog A mengatakan Blog B telah melakukan sesuatu yang melanggar etika blog. Tanpa usul-periksa atau mengetahui kisah sebenarnya anda menyokong kenyataan Blog A. Malah siap memberikan kutukan bertubi-tubi kepada Blog B padahal anda langsung tidak terlibat dalam situasi berkenaan. Maka di sinilah jelas telah timbul sikap prejudis dalam diri anda. Apapun, saya tidak katakan yang bersikap prejudis itu 100% salah. kerana dalam sesetengah keadaan ianya masih lagi diperlukan.
10.  Jangan Abaikan SEO
Blogger profesional kadang menghabiskan masa agak lama untuk mengkaji SEO blog masing-masing. Ada yang menggunakan keyword tools, SEO Doctor, Website Analysis dan sebagainya semata-mata bagi memastikan setiap artikel yan dihasilkan mesra enjin carian. Semua itu dilakukan bagi memastikan setiap artikel yang mereka hasilkan mendapat tempat yang baik di enjin carian jadi mudahlah untuk mendapat trafik organik dari pengunjung yang mencari berbagai kata kunci. Cuma seperkara yang ingin saya kongsikan, menarik trafik organik biarlah dilakukan secara beretika. Tidak menjadi kesalahan jika anda memasukkan banyak kata kunci menarik, cuma jangan menipu pencari maklumat dengan kata kunci atau tag yang langsung tiada kaitan dengan artikel. Kalau membincangkan pasal SEO tentulah tidak akan habis dalam artikel ini, jadi luangkanlah sedikit masa untuk mengimbas dan membaca semula artikel dalam kategori SEO|PageRank di blog ini.

-SHARING IS CARING-

NUFFNANG GEGAR BLOG AKU!

Salam 1 blogger..

Alhamdulillah..blog KKO kene gegar lagi dengan encek Nuffnang. Nak tau encek Nuffnang bagi ape dekat KKO?? Tengok gambar ni..

Buffered Earning KKO sehingga 22 Disember 2011

KKO memang tak sangka setiap hari earning bertambah sedikit demi sedikit. Ni la hasil setelah sebulan setengah blogging start 30 Oktober hari tu. KKO bukanlah blogger tegar, tapi banyak tips-tips blogging yang KKO tiru dari blogger-blogger otai untuk tingkat trafik blog. Banyak faedah sebenarnye kalau trafik blog kita sentiase stabil. Sebagai contoh, walaupun takde orang yang klik iklan Nuffnang kat blog, kite akan still dapat earning ikut jumlah trafik yang kita perolehi dalam satu-satu mase. Biasenye setiap hari Isnin Nuffnang akan kreditkan earning minggu lepas dalam total earning kita.

Kat sini KKO nak share sikit trafik blog minggu lepas. Anda boleh tengok gambar kat bawah ni.

Trafik 15-22 Disember 2011
Views : 1877 | Uniques : 961

Total uniques visitors yang kite nakkan tu. Uniques visitor bermaksud orang yang pertama kali datang jengah-terjah blog kite. IP no. semua tu berbeza antara satu sama lain. 

Ni pulak trafik blog KKO bulan lepas. Anda boleh tengok gambar kat bawah ni.

Trafik 22 November - 18 Disember 2011
Views : 4514 | Uniques : 2496

KKO dapat rase yang trafik blog ni dah bertambah stabil dari semasa ke semasa. Earning Nuffnang pun akan sentiasa meningkat dengan adanya trafik macam ni. Sebelum terlupa, KKO nak kongsikan beberapa tips untuk tingkat trafik blog. Boleh klik pautan yang KKO sediakan :


Sekadar ni dulu perkongsian hari ni. Wassalam.
-SHARING IS CARING-

BLOGWALKING TINGKAT TRAFIK BLOG


Salam kepada semua blogger..

Hari ni KKO nak kongsi sikit review tentang blogwalking yang KKO buat sepanjang minggu lepas. Anda boleh tengok hasilnye melalui gambar kat atas ni. Walaupun tak banyak, tapi KKO yakin blogwalking ni merupakan satu medium yang terbaik untuk tingkat trafik blog sepertimana yang KKO sarankan dalam entri lepas.

Sedikit tips untuk blogwalking!!!
Anda perlulah tinggalkan mesej/kata-kata yang boleh membuatkan blogger lain teruja untuk melawat blog anda. Contohnya, letaklah link entri seperti '8 Cara Tingkat Trafik Blog'. Pasti ramai yang akan terjah punye especially new blogger. Selain tu, anda dinasihatkan untuk tinggalkan mesej-mesej yang mesra rakyat seperti 'Sarapan ape hari ni???', 'Buat ape tu???' dan macam-macam lagi. KKO yakin memang tips ni boleh tingkat trafik blog anda. Cubalah!

Selalunye KKO akan blogwalking melalui entri-entri yang terpapar pada Innit Nuffnang dan Group Blogger. KKO akan pilih entri yang tajuknya menarik untuk dibaca. Memandangkan KKO ni dalam kalangan new blogger, KKO biasenye pilih entri yang berkaitan dengan 'Tips-tips Untuk Meningkatkan Trafik Blog', 'Tips-tips Menjana Pendapatan Nuffnang' dan bermacam-macam lagi. Kalau anda rajin jalan-jalan, tentunya banyak info yang anda akan perolehi.

Di sini, KKO nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada penyumbang trafik ke  blog KKO kepada :
1. abgteror
2. alcatraz77
3. chegu abbas
4. infoklasik

Jom terjah blog diorang untuk dapatkan trafik mencanak! Tak rugi kalau anda beramah mesra dengan otai-otai blogger ni. Banyak tips blogging yang diorang kongsikan biasenye. TIPS : JANGAN SOMBONG!


Selain dapat tingkat trafik blog, pendapatan Nuffnang anda pun akan bertambah. Untuk entri akan datang, KKO akan kongsikan earning Nuffnang sepanjang 2 bulan berblogging ni. Sememangnye meningkatkan dari hari ke hari.

Setakat ni dulu perkongsian KKO di pagi Isnin. Sekian.
JANGAN LUPE JOIN SEGMEN BLOGWALKING KKO YE!
-SHARING IS CARING-

TIPS UNTUK MENDAPATKAN BUFFERED EARNING (BE) NUFFNANG

Salam kepada para pengunjung Kedai Kaspersky Online (KKO)..

Semalam KKO dan terangkan apa itu Buffered Earning (BE), Metered Earning (ME) dan Campaigns. Hari ni KKO nak berkongsi sedikit tips untuk mendapatkan Buffered Earning (BE) Nuffnang yang anda idam-idamkan. Tips-tips tersebut adalah seperti berikut : 

1. TINGKATKAN TRAFIK BLOG ANDA
  • Terdapat pelbagai cara untuk tingkatkan trafik blog antaranya ialah tinggalkan jejak di shoutmix, cbox, promote link di Facebook, forum dan sebagainya. 
  • Anda perlulah mestilah update blog secara konsisten dengan entri-entri yang menarik, paling tidak pun sekali sehari sudah memadai. Jangan lupa gunakan KEYWORDS yang beranking tinggi! Contohnya : Nuffnang, duit, pendapatan, trafik.
  • Lain-lain tips, anda boleh dapatkan di SINI.
2. LENGKAPKAN BLOGGER BIO DI PAGE NUFFNANG
  • Pada bahagian ini, anda perlulah mengisi apakah pekerjaan dan hobi anda, mengapa ada blogging dan apa uniknya blog anda itu.
  • Di sinilah para advertiser akan membaca dan menapis setiap kriteria-kriteria blog anda sebelum dipilih untuk dijadikan sebagai tapak iklan mereka.
  • Anda perlu menjawab bahagian ini sedetail mungkin kerana lebih banyak maklumat yang diberi, lebih cerah masa depan anda untuk mendapatkan Buffered Earning (BE) dari pihak advertiser.
3. JAWAB SURVEY UNTUK BLOG ANDA
  • Klik Blog Manager > Update Survey
  • Untuk bahagian ini, pihak Nuffnang mengadakan survey untuk mengenalpasti kriteria dan juga kepopularan blog anda.
  • Section 1 - Maklumat diri  dan kategori-kategori blog anda.
  • Section 2 - Tentang pembaca blog anda. 
     Sedikit tips!!!
  • Soalan 1 – Tick Stranger
  • Soalan 2 – Tick 19-23 dan 24-30, ini kerana remaja lebih ramai melayari blog berbanding orang yang lebih berusia. 
  • Soalan 3 – Tick semua kecuali not sure.
  • Soalan 4 – Tick 50-50. Ini kerana jika anda pilih perempuan atau lelaki sahaja, anda berkemungkinan mendapat iklan yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan sahaja. Jika anda tick 50-50, kebarangkalian untuk mendapat bermacam-macam jenis iklan adalah lebih tinggi. 
  • Soalan 5 – Jawab mengikut purata komen blog anda untuk setiap entri. 
  • Soalan 6 – Tick semua.
4. LETAKKAN IKLAN DENGAN BETUL
  • Iklan yang diletakkan berdekatan entri lebih mudah mendapat Buffered Earnings (BE) kerana, menurut pihak advertiser, iklan berdekatan entri lebih mudah dilihat pembaca yang berkemungkinan akan mengklik iklan tersebut ketika sedang membaca entri-entri anda.
  • Letakkan juga iklan statik di sebelah kanan blog anda. Kemungkinan untuk di klik agak tinggi.
5. PASTIKAN ANDA BERSTATUS GLITTERATI

Setakat ini dulu perkongsian dari KKO. Semoga berjaya mendapatkan Buffered Earning (BE) dari encek Nuffnang!!!
Sumber asal : Blog JIWAKACAU
-SHARING IS CARING-

APA ITU BUFFERED EARNING (BE), METERED EARNING (ME) DAN CAMPAIGNS NUFFNANG?



Salam kepada semua pengunjung Kedai Kaspersky Online (KKO)...

Hari ni KKO dan bercerita sikit tentang apa itu Buffered Earning (BE), Metered Earning (ME) dan Campaigns. Semalam ade blogger yang bertanyakan KKO tentang Buffered Earning ni. Ok, semoga penerangan KKO dapat memberikan info yang berguna buat anda semua.

BUFFERED EARNING (BE)


BE akan terpapar dalam account Nuffnang anda pada bahagian Earning seperti gambar di atas. Penerangan tetang BE adalah seperti berikut :

BUFFERED EARNING - Impression yang dibeli oleh syarikat pengiklanan pada sesebuah blog bergantung kepada trafik blog tersebut. Sekiranya blog anda mempunyai trafik yang stabil, maka, syarikat pengiklanan akan tertarik untuk memberikan BUFFERED EARNING kepada blog anda. Encek Nuffnang serahkan tugas pemilihan kepada pihak syarikat 100%.

Untungnya mendapat BUFFERED EARNING ni adalah anda akan dibayar berdasarkan trafik yang masuk ke blog ataupun nilai impression. Tak perlu klik iklan pun duit akan masuk. Ingat tu!. Tapi kalau ada orang klik iklan BUFFERED EARNING tu, maka bonus CTR akan dibayar sebanyak 0.2% dari nilai BUFFERED anda. Menarik bukan???



METERED EARNING (ME)




METERED EARNING pula akan anda perolehi selepas kempen BUFFERED EARNING anda tamat (seperti gambar di atas). Income METERED EARNING ni akan ditambah sekali dengan income CAMPAIGNS.


CAMPAIGNS



Iklan CAMPAIGNS ni anda semua akan perolehi jika telah berdaftar dengan encek Nuffnang dan pastikan iklan tersebut di pasang mengikut arahan yang ditetapkan. Kalau ada klik, maka jadual di atas akan muncul dalam bahagian Earning anda. Anda akan dibayar berdasarkan pelbagai iklan CAMPAIGNS yang diklik blog anda.

Pastikan anda tidak mengamalkan penipuan klik sebab encek Nuffnang detect IP kita. Nanti tak pasal-pasal kene banned pulak.


Setakat ini dulu. KKO akan kongsi tips untuk dapatkan BUFFERED EARNING pulak lepas ni.
-SHARING IS CARING-

DUIT BUFFERED EARNING NUFFNANG MENINGKAT LAGI


Salam kepada pengunjung KKO...

Setelah hampir sebulan berblogging secara aktif, encek Nuffnang telah menggandakan pendapatan buffered earning KKO dari semasa ke semasa. Sekarang jumlah terkumpul dah mencecah RM7.62 belum campur dengan 2 lagi kempen kat atas yang tengah running sekarang ni. Hopefully kempen ni akan terus menjana pendapatan KKO dari semasa ke semasa.

Untuk bulan Disember ni KKO belum dapat buffered earning dari encek Nuffnang lagi. Hope rezeki KKO dipermudahkan. Doakan KKO ye kawan-kawan.

Jom tengok cara meningkatkan trafik blog di SINI.

Itu saja perkongsian KKO pada hari ini. CHEERS!

8 CARA TINGKAT TRAFIK BLOG


Salam 1 Malaysia kepada pembaca KKO!
Hari ni izinkan KKO bercerita sikit tentang kisah trafik blog KKO yang tak seberapa ni. Selepas hampir sebulan berblogging secara aktif, KKO rasa blog ni semakin dikenali & jumlah purata pengunjung dalam sehari adalah sekitar 100-150 orang. Ni mengikut statistik dari Nuffnang dan Histats. Wah! Ini memang 1 peningkatan yang cukup memberangsangkan. So,KKO rasa lebih bersemangat untuk berblogging. Setakat ni, Nuffnang earning dah mencapai RM5.90. Lama lagi baru dapat cash out tu. Takpe USAHA TANGGA KEJAYAAN!!! Bagi KKO, kesabaran memang penting untuk meningkatkan trafik blog ni.

Alhamdulillah...dengan hasil pembacaan dari blogwalking  aku yang tak secerapa, trafik blog KKO dilihat semakin meningkat. Walaupun peningkatannya tidaklah luar biasa, tapi aku sememangnya gembira dengan kejayaan teknik yang digunakan untuk promote blog ni. Sememangnya, kebanyakkan blogger profesional dah tahu tentang cara meningkatkan trafik blog, tapi KKO terpanggil untuk share info ni untuk tatapan para newbie di luar sana. KKO pun still study bab-bab trafik ni lagi sekarang sementara tak barapa busy + tunggu posting ni. TQ to abgteror sebab KKO tengok banyak trafik datang dari sana. Hehehe...

Ok, terdapat beberapa teknik yang KKO gunakan dalam usaha untuk meningkatkan trafik blog ni seperti :

1. Blogwalking
- Gunakan teknik 'Remedy Direct Source'
- Blogwalking secara manual ke blog blogger yang difollow & yang singgah kat blog

2. Ping blog
- Biasanya KKO ping blog menggunakan Gengblogger, Blogged, Imcurtain,  PingMyBlog, Pingler
- Ping sehari sekali pun dah memadai
- Senarai ping lain, boleh rujuk pada sidebar

3. Submit blog ke Innit Nuffnang
- Setiap kali update, mesti submit & ping kat situ
- Link Innit

4. Tinggalkan jejak, follow dan komen blog blogger lain (lebih berkesan, tinggal jejak di blog popular)
- Salah 1 cara untuk dapatkan backlinks ke blog kita
- Promosi url blog anda : <a href=”LINK ENTRI TERBARU ANDA” _mce_href=”LINK ENTRI TERBARU ANDA”>TAJUK ENTRI TERBARU ANDA</a>”

5. Update blog
- Sekurang-kurangnya sehari sekali atau seminggu sekali
- Gunakan keywords terbaik untuk title blog dan isi blog anda

6. Guna RefererX Mini
- Boleh blast ke shoutbox
- Link
- Testimoni di SINI dan SINI


7. Keluarkan sedikit $$$ untuk dapatkan servis trafik dari blogger handal
- Link 1
- Link 2


8. Promosi URL blog anda di status YM, forum, blog lain


Setakat ni dulu yang KKO nak kongsikan. Harap blogger-blogger otai sudi tambah dan kongsi tips2 lain untuk meningkatkan trafik ni. Terima kasih. SHARING IS CARING!!!

BUFFERED EARNING KELIMA DARI NUFFNANG!!!


Salam pada semua para blogger...

Buat kali kelima Buffered Earning menerjah blog KKO!! Yihaa!! KKO tak sangke cepat sangat Buffered Earning blog ni masuk..dari satu ke satu lagi..kadang-kadang skali dua. Apepun, KKO bersyukur sangat sebab blog ni semakin maju dari sehari ke sehari. Alhamdulillah...

Buffered Earning KKO yang Encek Nuffnang bagi ni datangnye dari iklan Microsoft-Multi Product. Sekarang KKO tengah tunggu Buffered Earning yang ketiga dan keempat jadi Metered Earning. Insyaallah akan bertambah rezeki KKO lepas ni. Doakanlah ye...

Sekarang KKO masih jalankan rutin biase macam blogwalking..tapi tak berapa aktif macam dulu sebab ade kekangan-kekangan lain..tapi KKO tengok traffik still masuk dan meningkat..unique id pun same..memanglah kene rajin untuk dapat sesuatu..sememangnye BUKAN MUDAH!! Jom para blogger kita update dan upgrade blog untuk dapatkan first rank di hati Encek Google..

Sebelum terlupa, KKO nak tanye sikit..ade tak sape-sape tau tentang SEO?? Boleh share dengan KKO..KKO tak berape paham tentang tu..Terima kasih semua..

BUFFERED EARNING PERTAMA DARI NUFFNANG!!!


Salam para pengunjung KKO...
Syukur alhamdulillah sebab tanpa di sangka-sangka Kedai Kaspersky Online dapat Buffered Earning dari Nuffnang. Ni merupakan Buffered Earning pertama semenjak penubuhan KKO pada 31 Oktober yang lalu. KKO dapat 2 menerima 2 jenis campaign iaitu Prince Hotel, Taiwanese Restaurant Promotion & SOGO Kuala Lumpur Trendsettle Online. Excited sangat rasenye sebab ni Buffered Earning pertame lah kan..alhamdulillah sekali lagi. :D ;)
Nak dijadikan cerita, KKO sengaje je la bukak site Nuffnang sebab nak tengok-tengok earning sebelum ni. Tup, tup! Buffered Earning pulak muncul. Blog KKO memang sangat baru, tapi semenjak update survey, info dan tingkatkan traffik, KKO dapatla Buffered Earning ni. TQ kepada encek Nuffnang! Sebelum ni KKO ade jugak jalan-jalan dekat blog otai-otai untuk tengok tips-tips untuk tingkatkan traffik dan dapat kan Buffered Earning ni. Hasilnya memang berbaloi. Cuba lah!
Apapun, KKO masih baru dalam bidang ni. Kene teruskan pembacaan untuk lebih success dan sememangnya bukan mudah untuk dapatkan Buffered Earning ni. Rugi kalau peluang sebegini disia-siakan.
Ok...sampai sini dulu perkongsian KKO hari ni. Macam-macam nak buat pagi ni...iklankan produk Kaspersky, blogwalking dan bace artikel tentang blogging. Pada sesiapa yang berminat untuk wat bisnes Kaspersky, boleh berurusan segera dengan KKO, details di bahagian Contact. 
TERIMA KASIH SEMUA & TERIMA KASIH ENCEK NUFFNANG!!!:mrgreen: