KEDAI KASPERSKY ONLINE

TIPS UNTUK MENDAPATKAN BUFFERED EARNING (BE) NUFFNANG

Salam kepada para pengunjung Kedai Kaspersky Online (KKO)..

Semalam KKO dan terangkan apa itu Buffered Earning (BE), Metered Earning (ME) dan Campaigns. Hari ni KKO nak berkongsi sedikit tips untuk mendapatkan Buffered Earning (BE) Nuffnang yang anda idam-idamkan. Tips-tips tersebut adalah seperti berikut : 

1. TINGKATKAN TRAFIK BLOG ANDA
  • Terdapat pelbagai cara untuk tingkatkan trafik blog antaranya ialah tinggalkan jejak di shoutmix, cbox, promote link di Facebook, forum dan sebagainya. 
  • Anda perlulah mestilah update blog secara konsisten dengan entri-entri yang menarik, paling tidak pun sekali sehari sudah memadai. Jangan lupa gunakan KEYWORDS yang beranking tinggi! Contohnya : Nuffnang, duit, pendapatan, trafik.
  • Lain-lain tips, anda boleh dapatkan di SINI.
2. LENGKAPKAN BLOGGER BIO DI PAGE NUFFNANG
  • Pada bahagian ini, anda perlulah mengisi apakah pekerjaan dan hobi anda, mengapa ada blogging dan apa uniknya blog anda itu.
  • Di sinilah para advertiser akan membaca dan menapis setiap kriteria-kriteria blog anda sebelum dipilih untuk dijadikan sebagai tapak iklan mereka.
  • Anda perlu menjawab bahagian ini sedetail mungkin kerana lebih banyak maklumat yang diberi, lebih cerah masa depan anda untuk mendapatkan Buffered Earning (BE) dari pihak advertiser.
3. JAWAB SURVEY UNTUK BLOG ANDA
  • Klik Blog Manager > Update Survey
  • Untuk bahagian ini, pihak Nuffnang mengadakan survey untuk mengenalpasti kriteria dan juga kepopularan blog anda.
  • Section 1 - Maklumat diri  dan kategori-kategori blog anda.
  • Section 2 - Tentang pembaca blog anda. 
     Sedikit tips!!!
  • Soalan 1 – Tick Stranger
  • Soalan 2 – Tick 19-23 dan 24-30, ini kerana remaja lebih ramai melayari blog berbanding orang yang lebih berusia. 
  • Soalan 3 – Tick semua kecuali not sure.
  • Soalan 4 – Tick 50-50. Ini kerana jika anda pilih perempuan atau lelaki sahaja, anda berkemungkinan mendapat iklan yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan sahaja. Jika anda tick 50-50, kebarangkalian untuk mendapat bermacam-macam jenis iklan adalah lebih tinggi. 
  • Soalan 5 – Jawab mengikut purata komen blog anda untuk setiap entri. 
  • Soalan 6 – Tick semua.
4. LETAKKAN IKLAN DENGAN BETUL
  • Iklan yang diletakkan berdekatan entri lebih mudah mendapat Buffered Earnings (BE) kerana, menurut pihak advertiser, iklan berdekatan entri lebih mudah dilihat pembaca yang berkemungkinan akan mengklik iklan tersebut ketika sedang membaca entri-entri anda.
  • Letakkan juga iklan statik di sebelah kanan blog anda. Kemungkinan untuk di klik agak tinggi.
5. PASTIKAN ANDA BERSTATUS GLITTERATI

Setakat ini dulu perkongsian dari KKO. Semoga berjaya mendapatkan Buffered Earning (BE) dari encek Nuffnang!!!
Sumber asal : Blog JIWAKACAU
-SHARING IS CARING-