KEDAI KASPERSKY ONLINE

BUAT DUIT DENGAN PERNIAGAAN ONLINE - BUKAN SENANG NAK SENANG!!!


Salam...
Hari ni sebelum KKO bersiap untuk berangkat ke Terengganu untuk menghadiri interview Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), KKO nak cerita sikit tentang pengalaman sepanjang berniaga secara online ni.



Produk apa yang KKO jual? Pastinya KASPERSKY bukan. Mesti ramai yang boleh teka melalui title blog KKO ni. Pertama sekali, KKO nak ucapkan terima kasih kepada para blogger yang sudi singgah ke blog ni dan secara tidak langsung meningkatkan trafik blog KKO. Terima kasih banyak!

Ok, KKO dah berjinak-jinak dengan perniagaan ni hampir 3 tahun bermula dengan hanya seorang regular customer merupakan guru agama sekolah di Sabah. Biasanya ustaz ni akan ambil key berdasarkan berapa buah laptop yang perlukan antivirus sebab die memang buka servis repair pc. Dari situlah pendapatan kecil-kecilan KKO bertambah dari sehari ke sehari. Walaupun hanya dengan sedikit keuntungan jualan, KKO sentiasa dapat regular income. Itu yang penting bagi KKO. Alhamdulillah.. Ade jugak buyer-buyer lain yang beli setelah diorang tengok iklan KKO di forum-forum yang berkaitan. Penting juga promosi perniagaan di forum-forum ni..nak-nak kalau kita telah dikenali dalam forum tu.

Masa mula-mula berniaga dulu, ramai orang persoalkan apasal murah sangat key yang KKO jual? ori ke? bukan generate key. Ini jawapannya!!! Prinsip KKO cuma 1, KKO akan jawab persoalan mereka secara jujur.  Percaya atau tak, itu terpulang. Kita tak boleh paksa orang. Hanya orang yang selalu beli barangan online, die akan lebih percayakan kita. Insyaallah.. Dulu pun, KKO agak malu untuk buat jualan KASPERSKY ni, tapi memandangkan sambutan yang menggalakkan dari rakan-rakan, KKO teruskan usaha ni sampailah sekarang.

Sekarang, KKO berpegang pada seorang trusted master dealer Kaspersky, 9 orang agen bawah dan return buyer yang lain dari forum, blog dan sebagainya. Jualan KASPERSKY ni KKO buat atas dasar untuk dapatkan pendapatan sampingan sahaja. Alhamdulillah sekarang bisnes KKO dah bertambah maju dari sehari ke sehari. Siapa kata susah nak buat duit??? Apa yang penting adalah usaha dan doa. Modal sedkit pun tak apa. Insyaallah ini bukan SCAM!! Buat masa sekarang, KKO dapat menjana pendapatan bulanan (6 bulan pulangan) hampir 1.5K.. Insyaallah KKO akan terus berusaha untuk lebih maju. Doakan KKO ye...

Antara perkhidmatan lain yang KKO sediakan termasuklah perkhidmtan translate, menaip dan desigining. Cuma designing saja KKO tangguh buat sementara waktu...

Ni KKO share sikit pengalaman rakan KKO - bergiat sebagai agen dropship :
Aku cuma blogger sepenuhnya sebelum kenal agent topup daripada Sheila, start daripada situ aku teruskan dengan bisness topup dan sambil2 update blog dan kaji pasal side income dari internet.
4 bulan lepas, aku bermula dropship start aku dapat tau aku kena extend semester disebabkan kelalaian aku dengan study. Mana tak gelabah, elaun dah tak dapat (dah cukup 6sem) so aku takde pilihan lain. Kerja part time aku buat tapi sebulan je sebab siang pergi kolej malam plak kerja smpai pagi buta, last2 ponteng kelas. Tak tahan last2 aku cuba cari something yang boleh aku buat sekaligus boleh cari side income untuk tampung aku (semester ni yg extend).
Aku serius cari cara marketing dan lain2. Cari supplier dan face to face untuk dapatkan genuine supplier (ada yg tak contohnya kat CG aku based on Trader Rating). So, now alhamdulillah lepas dekat 4 bulan bergiat aktif purata dropship aku bulanan hampir cecah 1.5k sebulan..Komisyen aku dapat banyak ke tuk 1 produk terjual? Tak..ada la dalam 1 or 2 produk yang bagi pulangan RM40-RM50 as komisyen, tapi kebanyakan is RM10 smpai RM20 shj.. Alhamdulillah la sebab ia boleh tampung aku secara keseluruhannya. Tak perlu aku minta duit kat mak ayah aku kat kg smata2 tuk support aku belajar (extend) nih. Now, kira aku dah jadi 100% dropshipper. 
So, kat sini aku nak cakap, rezeki tu ada kat mana jer. Tak perlu putus ada. Kalau masih study, kita buat cara masih study
Setakat ini dulu, doakan KKO dipermudahkan untuk temuduga Khamis ni.

- SHARING IS CARING -