KEDAI KASPERSKY ONLINE
Showing posts with label Tips SEO. Show all posts
Showing posts with label Tips SEO. Show all posts

[TRAFIK BLOG TINGGI] BLOG AKU DIREVIEW 9/1/12!

Salam 1 blogger..

KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT HARGA PROMOSI KASPERSKY 2012

Hari ni blog Kedai Kaspersky Online (KKO) telah direview oleh Cik Bunny...TERIMA KASIH, BUNNY!
Untuk info lanjut, boleh KLIK SINI. KKO rasa bukan mudah sebenarnya blogger lain nak review blog kita kan? Dan bukan senang juga orang nak percaya + kenal + rapat dengan kita secara online ni. Siapa sokong KKO sila angkat tangan!

APA KELEBIHAN BLOG REVIEW?
- Dapat meningkatkan trafik blog
- Dapat berkenal-kenalan dengan lebih ramai blogger
- Dapat berkongsi informasi dengan blogger-blogger lain
- Blogger lain dapat melihat kelebihan yang ada pada blog yang direview dan mengaplikasi kelebihan yang dapat diperhatikan. Contoh : gaya penulisan yang diguna, kekemasan blog, entri-entri yang diterbitkan

-SHARING IS CARING - 

SEGMENT F.H | SANTAI BLOGGER

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN 

KKO lahir pada bulan SEPTEMBER! Sape lagi sama dengan KKO?
Moga ada rezki untuk Give Away kali ni..Insyaallah..

KKO tag : Mama Tunz | Izz

SEGMEN PENCARIAN 10 ORANG FOLLOWER

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN

Segmen ni tak ada tarikh tutup!

APA ITU SEO?

Salam 1 blogger..


Malam ni KKO nak kongsikan sedikit entri berkaitan dengan SEO yang sememangnya amat berguna kepada KKO dan blogger-blogger baru di luar sana. Jom baca dan cuba untuk fahami hari ini!




“Search Engine Optimization (SEO)” atau dalam terma bahasanya adalah “Pengoptimuman Enjin Carian” selalu dikaitkan dengan teknik-teknik untuk meningkatkan trafik atau pasaran sesuatu laman web atau blog. Ia sememangnya tepat kerana SEO membantu dalam mempromosikan sesuatu laman dan dalam masa yang sama menuntut kepakaran dari segi teknikal, sekurang-kurangnya memahami aturcara HTML.
SEO dikaitkan dengan teknik pemasaran menggunakan teks atau kandungan dalam satu laman web atau blog. Secara umum, SEO ditakrifkan sebagai aktiviti untuk mengoptimumkan satu laman web atau keseluruhan sistem laman supaya lebih mesra kepada agen carianseterusnya mendapatkan trafik tertinggi dalam satu siri penilaian.
Perkara pertama atau yang terpenting perlu diketahui oleh pembangun laman web atau blog walaupun semua teknik dan langkah SEO telah dilakukan tidak menjanjikan laman atau blog tersebut serta merta menduduki tahap tertinggi dalam trafik. Tetapi pengabaian terhadap perkara asas dalam SEO langsung tidak meningkatkan populariti laman.
Dalam kes ini, anda perlu menetapkan misi dan target dalam siri populariti, contohnya untuk satu kata kunci (keyword) pilihan, daripada 30 senarai tertinggi, ianya tersenarai pada tangga ke-10.
Walaupun SEO membantu dalam meningkatkan trafik laman tetapi ianya bukan satu iklan atau pengiklanan. Terdapat laman berbayar yang menyediakan perkhidmatan meningkatkan populariti sesuatu kata kunci (keyword), namun hakikatnya teknik SEO adalah menggunakan kata kunci yang popular dan relevan kepada isi kandungan artikel dan bukan kerana anda membayarnya.
SEO boleh dijadikan sebagai satu kerjaya baru dalam pembangunan laman web atau blog. Umumnya, teknik ini pada asasnya adalah bermain dengan kata kunci (keyword) sama ada menggunakan kata kunci yang popular atau menaikkan kata kunci yang luar biasa yang belum pernah digunakan.
Untuk melakukan semua itu, kita perlu memahami terlebih dahulu bagaimana Agen Carian (Search Engine – Bot) berfungsi dan bekerja. Entri Agen Carian (Search Engine – Bot) akan KKO up kan selepas ini. Harap bersabar.
-SHARING IS CARING-