Salam 1 blogger...
Hari ni KKO terus kepada pengiraan BMR (Basal Metabolic Rate) dan DCR (Daily Calorie Requirement) pula. Pengiraan BMR dan DCR sangat penting untuk kita mengetahui berapa banyakkah kalori yang perlu diambil dalam sehari. Bagi yang ingin berdiet, anda perlulah mengurangkan kalori makanan yang perlu diambil tersebut. Contohnya, hasil pengiraan BMR + DCR = 1600kcal. Untuk berdiet, anda boleh kurangkan pengambilan kalori kepada 1000kcal sehari.
APA ITU BMR?
Basal Metabolic Rate atau BMR atau berkaitan rapat dengan Resting Metabolic Rate atau RMR adalah jumlah tenaga harian yang dikeluarkan oleh seseorang pada masa rehat. Istirehat termasuk pelepasan tenaga yang cukup untuk menjalankan fungsi asas badan termasuk fungsi organ vital, jantung, paru-paru, sistem saraf, ginjal, hati, usus, organ seks, otot dan kulit. BMR adalah kadar minimum kalori yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti harian termasuk tidur, bernafas dan sebagainya.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BMR?
1. Genetik – Lelaki mempunyai otot yang lebih besar dan peratusan lemak yang lebih rendah. Ini bermakna mereka mempunyai tahap yang lebih tinggi.
2. Umur – BMR mengurang dengan usia sekitar 2 peratus setiap 10 tahun peningkatan.
3. Berat – Semakin berat, semakin tinggi BMR.
4. Luas Permukaan Badan – Semakin besar badan, semakin tinggi BMR.
5. Peratus Lemak – Semakin rendah peratusan lemak, semakin tinggi BMR.
6. Diet – Kelaparan atau pengurangan kalori secara tiba-tiba secara dramatik boleh mengurangkan BMR sehingga 30 peratus. Diet rendah kalori menyebabkan BMR turun sebanyak 20 peratus.
7. Suhu Badan – Untuk kenaikan 0.5C suhu dalaman badan, BMR meningkatkan sekitar 7 peratus. Reaksi kimi berlaku lebih cepat pada suhu yang lebih tinggi. Sebagai contoh, pesakit yang demam dengan suhu 42C akan mengalami peningkatan sekitar 50 peratus BMR.
8. Suhu Luaran – Pendedahan kepada suhu sejuk menyebabkan peningkatan BMR kerana badan perlu mengekalkan suhu dalaman badan.
9. Kelenjar Tiroidsin – Semakin tinggi tiroidsin dihasilkan, semakin tinggi BMR. Jika terlalu banyak tiroidsin dihasilkan, keadaan dikenali sebagai tirotoksikosis, BMR boleh jadi berganda. Jika terlalu sikit tiroidsin dihasilkan, myxoedema, BMR boleh menyusut sekitar 30 hingga 40 peratus daripada biasa. Seperti tiroidsin, adrenalin juga meningkatkan BMR tetapi untuk tahap yang lebih rendah.
10. Latihan – Latihan fizikal membantu meningkatkan BMR dengan membina rangkaian otot.
CARA PENGIRAAN BMR
Lelaki = 66 + (13.7 X berat dalam kilogram) + (5 X tinggi dalam cm) – (6.8 X umur)
Perempuan = 655 + (9.6 X berat dalam kilogram) + (1.8 X tinggi dalam cm) – (4.7 X umur)
Contoh : 655 + (9.6x60)+(1.8x160)-(4.7x25)
= 1401.5 ---> BMR
KIRA KEPERLUAN MENGIKUT AKTIVITI UNTUK MENGETAHUI DCR
Orang biasa = BMR X 1.2 (sedikit atau tiada senaman, kerja pejabat)
Aktiviti ringan = BMR X 1.375 (senaman ringan atau berukan 1-3 kali seminggu)
Aktiviti sederhana = BMR X 1.55 (senaman sederhana atau bersukan 3-5 kali seminggu)
Aktiviti berat = BMR X 1.725 (senaman berat atau bersukan 6-7 kali seminggu)
Sangat aktif = BMR X 1.9 (senaman sangat berat atau berlatih 2 kali sehari, contoh, menyediakan diri untuk marathon)
Orang biasa = BMR X 1.2 (sedikit atau tiada senaman, kerja pejabat)
Aktiviti ringan = BMR X 1.375 (senaman ringan atau berukan 1-3 kali seminggu)
Aktiviti sederhana = BMR X 1.55 (senaman sederhana atau bersukan 3-5 kali seminggu)
Aktiviti berat = BMR X 1.725 (senaman berat atau bersukan 6-7 kali seminggu)
Sangat aktif = BMR X 1.9 (senaman sangat berat atau berlatih 2 kali sehari, contoh, menyediakan diri untuk marathon)
PENGIRAAN DCR
Contoh : Pilihan KKO = Orang biasa
= 1401.5x1.2
= 1681.8 kcal ---> JUMLAH KALORI PERLU DIAMBIL SEHARI
= Untuk diet, KKO cuma ambil 1000kcal sehari!
Contoh : Pilihan KKO = Orang biasa
= 1401.5x1.2
= 1681.8 kcal ---> JUMLAH KALORI PERLU DIAMBIL SEHARI
= Untuk diet, KKO cuma ambil 1000kcal sehari!