KEDAI KASPERSKY ONLINE
Showing posts with label Nur Amalina Che Bakri. Show all posts
Showing posts with label Nur Amalina Che Bakri. Show all posts

TRAFIK BLOG : 400UV DALAM MASA 30 MINIT!

Salam 1 blogger..

KKO saje nak berkongsi tentang trafik blog KKO yang tiba-tiba meningkat dalam masa 30 minit. Kejadian ni berlaku 2 hari berturut-turut. Banyak jugak la kalau nak dikirakan 400UV dalam masa 30 minit tu kan? Kat sini KKO kongsi sikit screenshotnya..

Tarikh : 3 Januari 2012
Jam : 1.30 - 2.00 petang


Tarikh : 4 Januari 2012
Jam : 1.30 - 2.00 petang

Visitors KKO dalam sela masa tersebut adalah seperti berikut...

Tarikh : 3 Januari 2012

                                                               Tarikh : 4 Januari 2012
Ranking Alexa KKO pun tiba-tiba meningkat...alhamdulillah..double rezeki dapat dalam dua-dua hari ni..Nak tau blogger mana yang jadi penyumbang trafik ke blog KKO ni??? Taraaaaa....

Sebelum KKO terlupa, pastikan jugak tajuk entri yang kita post tu mantap! Boleh jadi macam isu hangat tentang Nur Amalina Che Bakri baru-baru ini. BOLEH KLIK PAUTAN DI BAWAH!


NUR AMALINA CHE BAKRI TETAP CEMERLANG DI UNIVERSITI

Salam 1 blogger..

Mana 1 yang betul ni?? Semalam kata yang ni..

Hari ni kata ni pulak dah..
Ternyata apa yang dikhabarkan dimedia massa baru² ini yang menyatakan Nur Amalina Che Bakri gagal dalam pelajarannya di United Kingdom (UK) adalah palsu semata². Semalam .. ibunya, Sabariah Hassan tanpil memberi penjelasan bahawa Nur Amalina Che Bakri masih lagi menuntut di Universiti dan kini sedang menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK dan akan menamatkan pengajian tak lama lagi.

Bukan itu sahaja, malah menurut ibunya lagi. Nur Amalina Che Bakri dikatakan terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di UK. Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu.

Menurut ibunya lagi, gambar yang disebarkan itu sebenarnya adalah gambar lama yang bersifat peribadi dan kemungkinan dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina. Mungkin ada orang yang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini.


PANAS!!! GAMBAR SEKSI NUR AMALINA CHE BAKRI PELAJAR 17A1!!!

Sekadar perkongsian dan peringatan bersama...

KKO sangat terkejut dengan berita yang mengatakan Nur Amalina Che Bakri, pelajar yang mendapat 17A1 pada tahun 2004 semakin hilang pegangan agamanya. Dulu bukan main cantik, manis je bila dia bertudung. Entahlah..boleh ke kita cakaap ini lumrah dunia? Makin pandai makin hilang segalanya? KKO rasa malu juga sebab Nur Amalina sebaya dengan KKO, ambil SPM juga pada tahun yang sama dengan KKO. Yang paling malu..dia seagama dengan KKO! Ya, Allah..berikanlah hidayah-Mu kepadanya dan engkau selamatkanlah anak-anak Adam, Ya Allah..

Sedikit bingkisan..DAHULU DAN KINI
Sedikit info tentang Nur Amalina Che Bakri 
SUMBER 
Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 c iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.

Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. 

Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.