KEDAI KASPERSKY ONLINE

APA ITU BUFFERED EARNING (BE), METERED EARNING (ME) DAN CAMPAIGNS NUFFNANG?



Salam kepada semua pengunjung Kedai Kaspersky Online (KKO)...

Hari ni KKO dan bercerita sikit tentang apa itu Buffered Earning (BE), Metered Earning (ME) dan Campaigns. Semalam ade blogger yang bertanyakan KKO tentang Buffered Earning ni. Ok, semoga penerangan KKO dapat memberikan info yang berguna buat anda semua.

BUFFERED EARNING (BE)


BE akan terpapar dalam account Nuffnang anda pada bahagian Earning seperti gambar di atas. Penerangan tetang BE adalah seperti berikut :

BUFFERED EARNING - Impression yang dibeli oleh syarikat pengiklanan pada sesebuah blog bergantung kepada trafik blog tersebut. Sekiranya blog anda mempunyai trafik yang stabil, maka, syarikat pengiklanan akan tertarik untuk memberikan BUFFERED EARNING kepada blog anda. Encek Nuffnang serahkan tugas pemilihan kepada pihak syarikat 100%.

Untungnya mendapat BUFFERED EARNING ni adalah anda akan dibayar berdasarkan trafik yang masuk ke blog ataupun nilai impression. Tak perlu klik iklan pun duit akan masuk. Ingat tu!. Tapi kalau ada orang klik iklan BUFFERED EARNING tu, maka bonus CTR akan dibayar sebanyak 0.2% dari nilai BUFFERED anda. Menarik bukan???



METERED EARNING (ME)




METERED EARNING pula akan anda perolehi selepas kempen BUFFERED EARNING anda tamat (seperti gambar di atas). Income METERED EARNING ni akan ditambah sekali dengan income CAMPAIGNS.


CAMPAIGNS



Iklan CAMPAIGNS ni anda semua akan perolehi jika telah berdaftar dengan encek Nuffnang dan pastikan iklan tersebut di pasang mengikut arahan yang ditetapkan. Kalau ada klik, maka jadual di atas akan muncul dalam bahagian Earning anda. Anda akan dibayar berdasarkan pelbagai iklan CAMPAIGNS yang diklik blog anda.

Pastikan anda tidak mengamalkan penipuan klik sebab encek Nuffnang detect IP kita. Nanti tak pasal-pasal kene banned pulak.


Setakat ini dulu. KKO akan kongsi tips untuk dapatkan BUFFERED EARNING pulak lepas ni.
-SHARING IS CARING-