KEDAI KASPERSKY ONLINE

APA ITU SEO?

Salam 1 blogger..


Malam ni KKO nak kongsikan sedikit entri berkaitan dengan SEO yang sememangnya amat berguna kepada KKO dan blogger-blogger baru di luar sana. Jom baca dan cuba untuk fahami hari ini!




“Search Engine Optimization (SEO)” atau dalam terma bahasanya adalah “Pengoptimuman Enjin Carian” selalu dikaitkan dengan teknik-teknik untuk meningkatkan trafik atau pasaran sesuatu laman web atau blog. Ia sememangnya tepat kerana SEO membantu dalam mempromosikan sesuatu laman dan dalam masa yang sama menuntut kepakaran dari segi teknikal, sekurang-kurangnya memahami aturcara HTML.
SEO dikaitkan dengan teknik pemasaran menggunakan teks atau kandungan dalam satu laman web atau blog. Secara umum, SEO ditakrifkan sebagai aktiviti untuk mengoptimumkan satu laman web atau keseluruhan sistem laman supaya lebih mesra kepada agen carianseterusnya mendapatkan trafik tertinggi dalam satu siri penilaian.
Perkara pertama atau yang terpenting perlu diketahui oleh pembangun laman web atau blog walaupun semua teknik dan langkah SEO telah dilakukan tidak menjanjikan laman atau blog tersebut serta merta menduduki tahap tertinggi dalam trafik. Tetapi pengabaian terhadap perkara asas dalam SEO langsung tidak meningkatkan populariti laman.
Dalam kes ini, anda perlu menetapkan misi dan target dalam siri populariti, contohnya untuk satu kata kunci (keyword) pilihan, daripada 30 senarai tertinggi, ianya tersenarai pada tangga ke-10.
Walaupun SEO membantu dalam meningkatkan trafik laman tetapi ianya bukan satu iklan atau pengiklanan. Terdapat laman berbayar yang menyediakan perkhidmatan meningkatkan populariti sesuatu kata kunci (keyword), namun hakikatnya teknik SEO adalah menggunakan kata kunci yang popular dan relevan kepada isi kandungan artikel dan bukan kerana anda membayarnya.
SEO boleh dijadikan sebagai satu kerjaya baru dalam pembangunan laman web atau blog. Umumnya, teknik ini pada asasnya adalah bermain dengan kata kunci (keyword) sama ada menggunakan kata kunci yang popular atau menaikkan kata kunci yang luar biasa yang belum pernah digunakan.
Untuk melakukan semua itu, kita perlu memahami terlebih dahulu bagaimana Agen Carian (Search Engine – Bot) berfungsi dan bekerja. Entri Agen Carian (Search Engine – Bot) akan KKO up kan selepas ini. Harap bersabar.
-SHARING IS CARING-